Welcome!
Irene Adler | 20 ~ no more
teen | UMT Cita Warisan

-blog currently on hiatus-

Full List

Latest List
May 03; 7 Hari Bersamamu 5 Apr 29; 7 Hari Bersamamu 4 Apr 24; 7 Hari Bersamamu 3 Apr 20; 7 Hari Bersamamu 2 Mar 10; 7 Hari Bersamamu 1 Mar 25; Adiff Adyra 3 Mar 23; Adiff Adyra 2 Mar 07; Adiff Adyra 1 Feb 14; Setia Cinta 23 Feb 12; Kontrak Cinta Kita + Jan 04; Kontrak Cinta Kita The Series Jan 04; Housemates je? Jan 01; Kontrak Cinta Kita Dec 30; Darah & Daging 2 Dec 24; Darah & Daging
Home | Follow | Suggest


cbox


credit
Template by : IKA. Do tell me nicely if im not credit yours. tq ^^
7 Hari Bersamamu
“Saya perlu berjumpa dengan Encik Shahrizal.”

“Eh, Bella?” Shahrizal terkejut apabila penyambut tetamu membawa gadis itu ke pejabatnya. Tidak menyangka pula Bella akan datang ke pejabatnya untuk bertemu dengannya. Shahrizal mempelawanya duduk.
“Mana cik Shahira? Tak nampak dia pun kat luar?” Bella sedikit hairan apabila dia tidak melihat kelibat Shahira sedangkan sebagai seorang sekretari dan pembantu peribadi, pastilah mejanya tidak jauh dari tempat Shahrizal.
“Dia marahkan aku, and dia ugut nak berhenti kerja. Nantilah aku pujuk dia balik.”

‘Aku?’ Bella terkejut mendengarnya. Bukan sahaja Shahrizal menjawab soalannya dengan selamba bahkan menggunakan bahasa tidak formal dengannya pula. Ada apa-apakah yang terjadi antara dua orang ini?

“Kenapa dengan dia? Ada masalah ke berkaitan event kita, atau sebab saya ke?” Soalnya, masih menjaga percakapan beretika.

“Haah, memang sebab kau pun.” Sengaja Shahrizal menjawab begitu.

“Kalau ada silap saya, beritahu dan insyaallah saya perbetulkan..?”

“Kau tolak lamaran dia untuk jadikan kau emcee. Itu yang dia merajuk tu.” Shahrizal bersikap bersahaja biarpun kata-katanya bersifat serius.

‘Eh, lamaran?’ Perkataan itu seperti membawa seribu makna. Bella cuba menolak tepi perasaan yang tak lagi bernilai itu. “Tapi, saya tak layak untuk jadi emcee. Saya bukan sesiapa pun dalam syarikat encik ni.”

“Tapi kitorang dah sepakat nak melamar kau malam tu.” Ujar Shahrizal sambil merenung tepat ke wajah Bella.

Bella termangu. Apa maksud semua ni? Lelaki ni sengaja nak mainkan aku ke?
“Saya.. tak faham.”

“Heh,” Shahrizal tersengih sinis sebelum melepas pandang. “Sebenarnya kau nervous kan? Sebab kau masih sayangkan aku.”

Bella berkerut dahi.

“Kau masih sayangkan aku, sebab tu kau tak nak emcee sama-sama dengan aku. Kau takut tergagap depan semua orang, kan?” Shahrizal bergerak ke tingkap. Gayanya begitu sombong sekali, yakin yang Bella masih menaruh hati terhadapnya. “Tapi sayang, walaupun kau dah ubah penampilan kau – bertudung, blaus labuh semua - tapi hati kau tu, masih player macam dulu.”

Mulut Bella ternganga.

“Kau masih sama macam dulu, gatal dengan semua lelaki yang kau jumpa.. bertepuk-tampar sesuka hati. Kau tak malu ke dengan tudung yang kau pakai tu?”

“Stop!” Bella bangkit dari duduknya. Panas telinganya mendengar tuduhan tak berasas itu. “Stop whatever nonsense youre talking about!”
“Kau boleh hina aku, maki aku.. tapi jangan sesekali kau babitkan tudung aku. Apa yang aku buat dulu, tak ada kena mengena dengan tudung ni.. Jangan sesekali kau nak hina tudung yang aku pakai!” Bella menghambur amarah.
“You know what, memang aku hina sebab dulu aku ni player. Tapi apa kau tahu di masa depan aku akan tetap player? Kau fikir kau tu apa, tukang tilik? Jangan nak berlagak tuhan lah!” Bella terus mengangkat kaki setelah menyembur api kemarahannya. Sebelum membuka pintu, dia sempat berpaling dan menempelak Shahrizal semula.
“Yang kau tu, tiba-tiba menggatal dengan Ira.. Aku tak sangka kau berubah.. atau actually itulah perangai sebenar yang kau tak tunjuk masa U dulu?”

Shahrizal terkedu mendengar amukan Bella. Seketika, dia tersedar sesuatu. Kaki mengejar gadis bertudung litup itu.

“Bella..! Nabilla..!!”

Bella menyentap tangan yang ditarik Shahrizal. Matanya menyinga memandang lelaki itu. Wajahnya jelas menampakkan rasa tidak senang dengan penghinaan dari Shahrizal tadi.
Shahrizal menyesali kata-katanya.

“Bella, aku minta maaf. Im wrong.. tell me Im wrong. Tell me I misunderstood kemesraan kau dengan kawan lelaki kau dekat tempat kerja kau.”

“Huh? Kau gila ke? Atau kau mabuk kepayang?!” Bella menempelak. Kaget dan sukar memahami sikap Shahrizal kini.

“Aku nampak kau bergelak ketawa dengan lelaki lain dekat kedai tu. Aku tak boleh.. aku jadi kecewa dengan kau. Aku ingat kau dah berubah tapi..”

“Salah ke aku ketawa? Aku ketawa dengan siapa? Babe? Farid?” Bella menyoal lagi. “Diorang tu kawan aku.. dah tu kau nak aku buat muka robot depan semua lelaki? Aku manusia, Shah. Macam mana pun aku berubah, aku masih manusia..” Air mata tiba-tiba tumpah. Bella kesal dengan sikap Shahrizal yang berprasangka dengan dirinya. ‘Eh, kenapa perlu aku menangis untuk Shah?’

Bella terus melarikan diri keluar dari bangunan pejabat itu. Shahrizal terdiam kelu.



“Ira..”
Shahira tetap meneruskan langkah melewati ruang legar family hall itu. Hatinya keras untuk berbicara lagi dengan abang saudaranya. Biarpun pada dasarnya, langkahan yang diperlahankan itu menyimpan hasrat untuk dipujuk dan dimanja.
“Ira, abang minta maaf..”
Shahira tetap membiarkan Shahrizal sendiri di sofa. Dia ke dapur mengambil snek untuk dibawa ke biliknya.
Melihat Shahira naik semula ke tingkat atas, Shahrizal berfikir-fikir sendiri. Seketika kemudian, dia menapaki anak tangga marble itu.

“Ira..” Pintu bilik adik saudaranya itu diketuk. “Ira, Im sorry. Abang yang salah sebab tak dengar cakap Ira. Please, Ira buka pintu ni.”
Tiada jawapan.
“Ira, I need your help.”
Pintu dikuak kecil.

“Dah berbaik dengan Kak Bella?”

“Belum. Dia datang office kita tadi petang…” Ayat Shahrizal tergantung mati. “I need your help.”



“Tarikh event dah tak lama. Jadi akak harap sangat supaya tiada perubahan mendadak. Kerjasama semua pihak sangat penting supaya event ni berjalan dengan lancar.” Suara Bella jelas menunjukkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi.
“Jadi, akak kena lah jadi emcee untuk kitorang malam tu.” Shahira mencuba nasib untuk terus menggesa Bella supaya memanikan peranan sebagai pengacara majlis.
“Akak tak boleh. Akak dah lama tak bercakap kat depan macam tu.” Bella tetap menolak. “Lagipun, lebih proper untuk lantik seseorang dari syarikat korang sendiri untuk handle public seperti itu. Ia akan membantu imej syarikat korang di mata syarikat induk.”
“Hmm, kalau macam tu takpe lah. Ira akan cari orang untuk gantikan tempat akak. Akak pun bukan nak makan pujukan Ira, dan kita dah tak ada banyak masa.” Shahira mengalah sahaja. Masa sudah terlalu singkat untuk terus berkeras. “Tapi pastikan akak datang malam tu tau. Kami jemput akak dan team akak untuk datang sama memeriahkan majlis.”
“Okey.”

Talian dimatikan. Shahira memandang Shahrizal yang duduk di meja solek miliknya dengan pandangan yang membawa seribu makna.

<sambil2 final. doakan aku tau, baru abis dua paper ade lagi lima >.< >

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
<
>