Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Darah dan Daging
    Hari kian gelap. Namun batang tubuhnya masih tak kelihatan. Aku semakin resah.

    "Che', janganlah duduk tunggu kat luar ni. Hari dah gelap, banyak nyamuk. Sejuk pula tu.." Dek Kha menegurku dari birai pintu.
    "Aku tak boleh, Dek. Aku risau. Aku tak boleh duduk diam kat dalam rumah. Aku nak tahu dia kat mana sekarang, tak balik-balik lagi. Dia pergi mana...?" Hampir saja air mata ini tumpah dek kerana terlalu risau.
    "Sabar, Che'. Kita makan dulu.. Nanti maghrib kita pergi surau, kita tanyalah kot-kot ada sesiapa yang nampak dia.." Pujuk Dek Kha.

     "Che' Li...!" Suara itu melaung saat aku baru sahaja mengangkat punggung. "Che' Li, tengok ni. Pah mendapat itik seekor." Dia memandangku dengan senyuman memanjang ke telinga. Sepertinya dia terlalu senang hati. "Mak Lang bagi sebab tolong dia tadi.. Dia..."

     "Kau tau tak sekarang dah pukul berapa?! Dah gelap tau tak!! Masuk sekarang.. Mandi..!" Amarahku meluap. Budak ni.. Betapa risaunya orang menunggu dia, dia boleh selamba dengan tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyampah pulak aku tengok.
     "Che' Li..." Pah merengek. Aku menjulingkan mata ke atas. Lagakku seperti menyampah benar dengannya padahal aku cuba menahan senyum. Dia dan reaksinya itu, tak pernah sekalipun gagal untuk mencairkan hatiku ini.
     "Apa dia?!" Aku sengaja memarahinya.
     Terkejut aku menerima pelukan darinya. "Nah, ambik bau peluh orang! Hahaha..!"
     Tak tertahan lagi, aku ikut tertawa. Bertuah betul kesayangan aku ni. Aku menampar bahunya. "Pergi mandilah..!"

     "Baik, Che' Li..."




     "Che' Li.." Panggilnya sambil mengaut ikan dari mangkuk sup.
      Aku sekadar mengangguk sebagai menyahut panggilannya itu.
     "Pah rasa.. Pah nak pergi KL la." Dia meluahkan hasratnya.
    "Hah?!" Dek Kha mejerit, terkejut bukan kepalang. Aku juga mencapai cawan air.
     "Anak buah Mak Lang.. dia ada kedai T-shirt dekat KL. Dia kata nak Pah tolong, Pah pun rasa nak tolong dia. Boleh tak, Pah pergi kerja ke sana?" Dia menyambung lagi permintaannnya itu.
     Aku terdiam mendengar permintaan itu. Tak pernah seumur hidupku, aku membiarkan Pah jauh dari pandanganku. Masakan pula aku menghantarnya ke bandar besar itu sendirian? Tak mungkin!

     "Kau dah tak sayang Che' Li lagi ke? Sanggup kau nak tinggal kami berdua kat kampung ni? Pergi jauh-jauh merata." Dek Kha menjawab bagi pihakku.
     "Disebabkan Pah sayangkan Che' Li lah Pah fikir nak pergi sana. Pah nak belajar berdikari, nanti bolehlah Pah jaga Che' Li pulak. Asyik Che' Li je yang menjaga Pah..." Balas Pah telus.
     Aku diam tak mahu berbicara. Hati ini, biarlah bertenang dahulu.
     "Kau ni.. apa saja yang kau boleh tolong kat sana? Tolong jahit baju, pandai ke?" Keras Dek Kha menempelaknya. Aku tahu Dek Kha memang panas hati.
     "Tak.. kitorang buat yang corak-corak kat baju tu.. guna mesin je. Pah belajar lah, nanti Pah pandai lah..." Pah menjawab kata-kata Dek Kha dengan wajah polos. Begitu naif sekali.
     "Hah, menjawab..!" Dek Kha memarahinya lagi.

     "Dek Kha.." Mereka berhenti bertekak sebaik aku bersuara. Aku tahu Dek Kha memang ingin mendengar pendapatku dalam hal ini. "Tak baik marah-marah depan rezeki. Makan elok-elok."




    "Che' Li." Dek Kha duduk di sisiku yang sedang melamun bersama air kopi di tangan. "Kau tak nak cakap apa-apa ke dekat budak tu? Kau nak biarkan aje ke?" Tanya Dek Kha, ingin merisik pendapatku tentang perkara ini.
     "Aku tengah fikir.." Perlahan-lahan aku menjawab. "Entah apa yang patut aku cakap dengan dia. Dia tu dari kecik di rumah ni saja, tiba masa untuk dia pergi menapak dunia yang luas.. Aku tak patut menghalangnya, tapi aku..." Suaraku tertahan. Dada terasa sebak. Dek Kha menepuk bahuku sebagai penguat semangat.
     "Aku rasa, tak patut kita biarkan dia ke bandar sana. Dunia dia kecil, benar. Tapi KL tu terlalu besar. Kalau nak ke sana pun, biarlah ada orang tua yang membimbing. Kot nanti dia pergi tak pulang-pulang, lupa pada asalnya... Aku tak mahu dia kurang ajar dengan kau." Dek Kha meluahkan pendapatnya yang jelas tidak setuju dengan perkara ini.
     "Dek Kha... kau kena ingat, aku bukan sesiapa pun pada dia." Aku membetulkan satu fakta yang sering terlupakan. Di sini bukan asalnya dia.
     "Tapi kau dah membesarkan dia! Banyak jasa dan tenaga kau dah curah pada dia! Dia sepatutnya.." Dek Kha meninggi suara pula. Aku menggeleng.
    "Sudahlah, Dek Kha. Aku tak layak terima apa-apa pun dari dia.." Aku melepas pandang. Kemudian, menggenggam erat kertas buruk di tangan. "Aku teringat, mungkin kita boleh suruh dia cari alamat ni. Mungkin dia masih boleh diterima. Setidaknya, dia dapat mengenali siapa keluarganya yang sebenar."



     Sudah tiga hari dia sekadar termenung di pangkin. Tidak seperti kebiasaan di mana dia akan membawa basikalnya bersiar-siar sekitar kampung biar dia telah berkali-kali mengelilingi seluruh kampung ini.
    Aku perasan akan perubahan itu. Aku mula bimbang dengan perubahan itu lantas menegurnya. "Kau tak keluar ke mana-mana ke? Sejak dua tiga hari ni, Che' Li perasan kau duduk saja di rumah ni? Kenapa? Sebab Che' Li tak izinkan kau ke bandar?"
     "Che' Li..." Dia memandang wajah Che' Li dengan mata berair. "Jangan sebut lagi tentang bandar. Pah tak nak dah.. Pah tak nak Che' Li hantar kita ke bandar lepas tu Che' Li lupakan Pah."

     "Eh, budak ni!" Ayat naifnya itu membuatkan aku tertawa kecil. Hairan pula dengan sikapnya yang tiba-tiba berubah fikiran sebegini. "Hari tu kau yang nak sangat ke bandar tu. Patutnya aku dan Dek Kha yang takut kalau kau lupakan kitorang, Pah. Dah la bandar tu seronok, nanti mesti kau lupa kat kitorang, kat kampung yang membosankan ni..."
     "Tak nak, Che' Li. Pah tak nak tahu siapa keluarga Pah yang sebenar. Biarlah dalam hidup Pah ni cuma ada Che' Li, Dek Kha, dengan Mak Lang."

     Aku tersenyum pahit. "Kau tahu ke apa yang kau cakapkan ni?"

     "Pah terdengar hari tu, malam yang Pah kata Pah teringin nak ke bandar tu, Pah dengar apa yang Che' Li dengan Dek Kha cakapkan.." Air mata Pah mulai gugur. Dia beralih menghadapku. "Che' Li.. Pah tahu Pah bukan anak Che' Li. Orang tahu Che' Li, Dek Kha banyak susah disebabkan orang.. Tapi tolong.. tolong jangan buang Pah.. Siapa je yang sanggup menghadap kebodohan Pah ni kalau bukan Che' Li dengan Dek Kha? Siapa je yang sanggup terima Pah??"

     Terpempan aku melihat tangisannya. Aku menarik wajahnya ke dalam pelukan. "Kawan kau yang kata nak bawak kau ke bandar tu, dia tahu kan perangai kau yang macam ni, tapi dia tetap sanggup ajak kau ke bandar. Bermakna dia sudi menolong kau, menjaga kau di KL nanti."

     "Tak, Che' Li. Pah tak kenalpun anak buah Mak Lang tu. Cuma bila dia katakan pada Mak Lang yang dia mencari pekerja untuk menolongnya di bandar, Mak Lang mencadangkan dia mengambil Pah untuk kerja di sana. Pah tak kenalpun siapa dia."
     "Mak Lang yang mencadang?" Aku sedikit curiga dengan niat Alang.
     "Ya, Che' Li."

     "Sudah lah. Kau masak nasi dengan aku di dapur nanti. Kita sediakan makan tengah hari untuk Dek Kha, lepas tu kau tolong Dek Kha menyiapkan kerjanya. Aku nak keluar sekejap." Pah kelihatan hairan mendengar aku memberi arahan secara tiba-tiba.
     "Che' Li nak ke mana tengah hari nanti..?" Soalannya aku biarkan tak berjawab.



     Aku masuk ke rumah tanpa memberi salam. Dengan riak wajah yang tak mampu dikawal, aku terus membawa diri ke bilik air setelah mendapatkan tualaku. Aku tahu Pah dan Dek Kha pasti tertanya-tanya apa yang terjadi sewaktu aku keluar tadi.
     Gayung menjadi mangsa kemarahanku, dicampak kasar ke dalam kolah. Sungguh kurang ajar sekali apa yang dikatakan Alang petang tadi. Walhal Alang bukan berkata tentang orang lain tetapi anak buahnya sendiri, darah dagingnya juga. Hati ini membara dengan seribu dendam.

     Makan malam sepi lagi hari ini. Pah dan Dek Kha tak berani bertanya mahupun berkata apa-apa. Aku membiarkan saja. Wajah ini belum dapat kurelakan untuk tersenyum di kala ini.
    "Dengar sini Pah, kau jangan pergi ke rumah Mak Lang lagi mulai hari ni. Dek Kha, kau pun sama. Tak perlu lagi kita berurusan apa-apa dengan perempuan tu."
    "Kenapa? Apa yang Alang cakap dengan kau sampai jadi begini?'
    "Esok, kau berdua ikut aku ke bandar. Aku nak ke bank. Satu lagi, kemaskan semua pakaian. Aku dah naik benci dengan kampung ni."

     "Che' Li!" Dek Kha bangkit dari tempat duduknya. "Sanggup kau cakap begitu tentang tanah abah dan ibu? Ini semua disebabkan budak ni, kan?"

     Alahai, terlanjur pulak mulut aku ni mengutuk tempat kelahiranku sendiri.

    "Sampai hati kau, Che' Li.." Dek Kha terus melarikan diri ke dalam bilik. Makanan di dalam pinggan tidak dihabiskan.

     Malam itu, puas aku memujuknya dan menjelaskan keadaan sebenar. Akhirnya dia terlena dalam pelukanku.



     Seperti yang dijanjikan, keesokan harinya kami ke bank. Hati aku telah bulat tekad. Bagaimana sekalipun, Pah mesti menjauh dari Alang. Alang yang biadap. Huh! Tak mahu aku memikirkannya lagi.
    "Che' Li.. kita nak pergi mana lagi lepas ni?" Tanya Pah kepadaku. Aku tahu dia tidak selesa ditinggalkan bersama Dek Kha. Dek Kha terlalu garang baginya. Disebabkan itulah, dia tidak rapat dengan Dek Kha. Dek Kha, sejak dulu lagi begitu, tak dapat menerima baik kehadiran Pah dalam hidup kami berdua. "Lepas ni Che' Li nak jumpa kawan Che' Li sekejap. Kemudian kita pergi makan. Boleh?"
    "Baik, Che' Li." Kulihat Pah tersenyum lebar. Manis senyuman itu, terasa tak layak untuk aku menerimanya. Aku bukan siapa-siapa bagi Pah. Bukan ibu yang melahirkannya, bahkan bukan juga yang menyusuinya. Aku hanya menjaganya, sebagai membalas budi seorang sahabat.

     "Che' Li.. betul ke Che' Li nak buat macam ni? Fikir masak-masak, Che'.. Bukan senang kita nak tebus balik nanti..." Dek Kha mengingatkan sebaik kami melangkah masuk ke dalam ruang pejabat itu.
    "Ya, jangan risau Dek Kha. Aku dah fikir jalannya. Inilah yang terbaik."
    Langkah Dek Kha terhenti. Wajahnya murung seakan-akan merajuk, tidak setuju dengan perbuatanku. Aku menghulur senyum memujuk. "Kau masuklah. Aku tunggu di luar je. Aku tak sanggup.."
    "Dek Kha..." Aku memujuknya sekali lagi. "Kesian kan Pah. Dia terlopong je bila duduk sebelah kau. Kau temanlah aku ke dalam. Takkanlah Pah pula yang masuk, ini urusan keluarga kita..."
     "Che' Li, aku..."
    Tanpa banyak bicara aku menarik tangan Dek Kha masuk bersamaku. Aku menyapa sahabat lamaku Qin Yi.
     "Wah, Naili! Apa khabar?"

next

hmm, aku rasa citer ni dah jauh giler, patutnya aku nak buat sikit je. diperam-peram jadik cerekarama pukul 10 malam pulak dah. aku sekarang ni masih mencari idea apa yang akan jadi seterusnya. tapi aku dah banyak buat profile si Pah dengan Che' Li ni. mesti first2 dulu korang fikir Che' Li ni lelaki enn... tu lah, actually aku pun nak buat dier lelaki, and budak yg dier jaga tu pon lelaki. tapi bila dah lama2 cari nama, aku terbagi nama pah pulak, dah jadik perempuan. Dek Kha tu adik Che' Li ok, bukan isteri.
agak-agak pah akan jumpa balik tak keluarga dier nanti?

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous