Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Eclipse
"Okey..." Erin menghembus nafas lembut.
"Saya tak pernah kisah pun. Tapi, please.. Jangan buat saya susah hati. Saya tak suka perasaan macam ni. Awak kena berterus terang dengan saya. Jangan sampai saya fikir yang bukan-bukan pasal awak." Rungutnya dengan suara perlahan.


"I minta maaf. I janji I takkan belakangkan you lagi. Apa saja yang I buat, ke mana saja I pergi I akan beritahu you. I takkan tipu you." Hairi bersumpah dengan seluruh jiwanya. Dia benar-benar tidak menyangka kekasih hatinya itu punya cemburu yang begitu kuat sekali. Dan dia tidak sesekali sanggup untuk kehilangan wanita itu setelah berjaya mendapatkannya.


"Dah lah. Berapa kali awak nak minta maaf? Awak tahu kan saya tak suka orang minta maaf banyak-banyak kali.. saya rimas! Awak tak payah lah extreme sangat nak beritahu semuanya pada saya. Nanti saya rimas. Just dont forget about me, about my feelings. I hate to wait with so much false accuses in my mind." Balas Erin, lembut tapi tegas tentang pendiriannya yang telah diketengahkan sejak awal perkenalan.

"Kay, Got it. Thanks, I love you." Hairi cuba memendekkan bicara, demi mengelakkan lidahnya tersilap kata.

"Do you really think you got it? Saya rasa kita patut berpisah. Saya tak rasa kita boleh jaga hati masing-masing atau tak. Saya takut saya banyak berprasangka dengan awak. End up awak yang rimas dengan saya." Erin meragui kata-kata itu.

"You.. biar betul? Janganlah disebabkan perkara kecil ni kita putus. Tak boleh ke you reconsider?" Jantung Hairi bagaikan terhenti.

"Saya tak tahu apa perasaan awak. Tapi apa yang saya tahu, saya rasa kita patut berpisah." Erin menelan liur. Cadangannya begitu menjerat, namun dirasakan terbaik untuk mereka. Nafas ditarik dalam-dalam. "Saya tak nak makan hati sorang-sorang. You may think Im happy, but I really wont show my bleeding heart. Not to anyone." Even I myself took time to realise.

"Please reconsider me. I really love you. Sanggup you buat I macam ni? I dah minta maaf, I tak sengaja. I betul-betul tak nak kita berpisah. Tak boleh ke kita try sekali lagi? Give each other another chance?" Hairi merayu.

"Awak tu, sanggup buat saya macam ni. Awak tahu tak apa perasaan saya bila nampak awak bermesra dengan perempuan lain? Awak tak tahu..! Saya paling tak suka dengan perasaan tu and because of that.. Saya rasa saya takkan mampu bertahan dengan awak. Terima kasih atas segalanya. Please padam phone number I dari phone you or else Ill just switch my phone number."

"Suit yourself. I tak rasa I boleh lupakan you. So I think I pun akan tukar number. Yeah, thanks for all the feelings youve taught me. You were the one who made my heart beat slow. whenever I couldnt see your face. I could never get to find any replacement for you." Hairi mengalah, dia tak mahu wanita itu mula membencinya. Lebih baik dia mengundur diri sahaja.

"Hairi, if you look for replacement, youll never succeed. Nobody in this world is replaceable. So, I wish you will find someone that suits you better." Menyembunyikan tangisan, Erin menghulurkan nasihatnya yang terakhir.

Hairi mengangguk biarpun Erin tak mungkin dapat melhatnya dari sebelah sana. Sepi menyelubungi. Erin juga kekal membisu bersama air mata membasahi pipi. Masing-masing tak sanggup untuk memutuskan talian. Hanya menikmati sunyi yang menemani mereka.



Dia menguatkan diri utk menekan butang merah. Talian diputuskan. Air mata yang tertahan sejak tadi mengalir jatuh dari dagunya yang licin.
Keluhan dihempas.
Ive apologized, and thanked you. But this feeling of regret is hard to wash away.

Lari. Dia ingin terus berlari. Dia berharap dia boleh melarikan diri dari jejaka itu. Namun itu tidak mungkin. Sudah 3 semester mereka sekelas. Dan 2 semester lagi untuk graduasi. Dia menggigit bahagian dalam bibir. Cuba menahan perasaan. Hairi dilihatnya tertawa berjenaka dengan rakan yang lain. Namun daripada perhatiannya, lelaki itu sedang mencuba untuk menguatkan hati. Erin sedar itu semua. Keluhan dihempas.
I still love you and will always be missing you..

Bukk.
Wanita itu segera mengemaskan semula buku-bukunya yg berserakan di lantai. Hairi membantunya sekadar yang perlu.
Wajah tertunduk. Masing-masing mengelak daripada memandang wajah masing-masing. Hati masih perit dengan perpisahan.
"Sorry" ujar keduanya.

Mata bertentang. Masing-masing menyoal akan ucapan yang diucap serentak itu tadi. Untuk apa sebenarnya maaf itu? Kerana berlanggar? Atau...?

"Thanks" Erin melarikan diri. Dia sememangnya sedang berkejar untuk ke kelas.
Jejaka itu menghantarnya dengan pandangan.
Heart throb.

Penyesalan ini harus diperbetulkan.



Gadis itu menjerit lantas melarikan diri. Dia bertindak mengejar dan menarik lengan halus itu. Seluruh ahli rombongan terkedu melihat reaksinya.
"Kenapa? Kenapa tidak, Erin?" Wajah Hairi merah menahan perasaan yang bercampur baur.
"Saya penat, Hairi. Saya penat dengan hubungan kita.. penat melayan perasaan sendiri. Saya dah cakap hari tu kan.." Erin cuba mengawal suara. Wajah-wajah tetamu dia intai.
"Tapi you masih sayangkan I, kan? Kita masih sayangkan satu sama lain,, so why not"
"Sayang tu hanyalah satu lagi perasaan. Yang akan membawa perasaan yang jelik setelah itu. Saya tak nak, Hairi. Cukuplh. Cukup..." Air jernih mengaburi pandangan.
"Okay." Hairi melepaskan genggamannya. "Kalau itu jawapan you."
"Hairi, macam mana pun kita saling mencintai. Hubungan kite tetap takkan berjaya. Remember this ; you and i are like the moon and the sun. When we meet, the world eclipse."




Beberapa tahun kemudian.
Pengacara mengumumkan beberapa perkara yang tidak menarik perhatian. Sekadar beberapa notis mengenai ruang parkir dan berkaitan.
"Dah berapa lama join?" Lelaki itu menegur ramah.
"Adalah beberapa bulan." Jawabnya sekadar berbasa-basi. Tak dilupakan juga, ini mungkin peluang untuk dia terus dalam MLM ini.
"Dah ada berapa prospek?" Lelaki itu bertanya lagi.
"Entahlah, bang. Tak siapa yang berminat dengan ajakan saya." Jujur dia katakan, hanya itu yang boleh dia jawab.
"Oh ya? Meh aku kenalkan dengan partner. Mana tahu boleh tolong tunjuk ajar kat kau." Lelaki itu menawarkan bantuan.
"Eh, kenapa tak abang je yang tolong advice saya?" Dia terus berbasa-basi. Di dalam hatinya, dia lega mendapat perhatian daripada lelaki ini yang dipandang tinggi dalam organisasi.
"Haaa, aku ni tak reti lah nak ajar-ajar orang. Tarik boleh la... mengajar bagi kat dia ni." Lelaki di hadapan Hairi itu menggamit seseorang dari belakangnya. Hairi malas menoleh. Biarlah orang itu yang sampai. "Budak ni, hebat. Bertuah siapa jadi suami dia. Macam-macam benda lah dia buat."
"Oh, dah tu abang..?" Hairi mengusik. Lelaki itu tersengih sahaja.
"Mengamuk lah bini aku, Ri.."

"Rin, ni ha budak ni perlukan business partner. Kenalkan, Hairi."

Mata bertemu mata. Mulut melopong tak percaya. Telunjuk menunding satu sama lain.

"Korang kenal ke sebelum ni?"

Erin memandang lelaki tadi. Mulutnya masih tidak ditutup.
Pandangan dibawa kepada Hairi semula.

Hairi tertunduk melihat reaksi wanita itu. Dilihatnya Erin semakin ayu.

"Kenapa dekat berita takde siarkan pasal gerhana eh?"

Seketika mereka berbalas pandangan lantas tertawa.


"Eloklah kalau korang dah kenal. Aku tinggal je lah korang berbincang, ya."

Lelaki itu mengundur diri sebelum terus menyapa peserta yang lain. Hairi dan Erin terus berpandangan bersama tawa yang masih tersisa.

"You know, Erin. Its a fact that the moon needs the sun to shine in the night."

Erin terus tersenyum

*********

typical ending. duhh.. actually taktahu camne nak end. dah beberapa bulan tak buat cerita. haha. so, hope you enjoyed. ps : anggap ni ending macam citer korea. jumpe kat party, terkejut, sengih-sengih. end. ;P

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous